Sunday 8 July 2012

Antara Perjuangan Belia @ Politik Individu - Dimanakan halatuju MAYC Sebenar.....

7 Julai 2012, Sekali lg AGM Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia( MAYC) peringkat kebangsaan yang  di Wisma Belia, KL  telah berlaku kekecohan di antara 2 pihak apabila  pihak "A" tidak membenarkan pihak "B"  utk menghadiri AGM tersebut sebagai perwakilan.
Jika di dengar suara di pihak "A" yg menganjurkan persidangan, mereka tidak di benarkan masuk kerana mereka bukan ahli persatuan Belia tersebut kerana tiada bukti keahlian.
dan di  pihak "B" pula, mereka menyatakan mereka adalah ahli yg sah di bawah pendaftaran pertubuhan belia (ROY).
Pihak A telah diberi mandat oleh Menteri Belia dan Sukan DS Shabery Cheek utk penyatuan, tp malangnye penyatuan itu seakan-akan tidak boleh dilaksanakan.
Persoalanya sekarang, sekiranya pihak "B"  pula di beri mandat... adalah mampu membuat Penyatuan... atau mereka juga akan melakukan perkara yg sama seperti yg dilakukan oleh pihak "A" sebelum ini...
Sekiranya perkara ini masih berlaku.. Kementerian Belia dan Sukan perlu mengambil keputusan yg bijak utk menyelesai permasalahan ini demi kelangsungan kepimpinan belia akan datang.


No comments:

Post a Comment